Friday, 28 February 2014

Permulaan Cerita Kami.

Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana memberi akal yang cukup untuk menghasilkan blog yang pertama ni. Terima Kasih kepada insan yang memberi aku ilham untuk buat blog ni mulanya aku tak minat pun benda-benda mcm ni hahahah. 
Ntah bila masa gila aku datang nak layan benda ni. Insan yang membuatkan aku berbunga bunga ni namanya 'Miss R'(dirahsiakan). Aku kenal 'Miss R' ni masa tu kita org ada perjumpaan koko first time bhai, time tu aku belum kenal dia lagi. 
Masa perjumpaan tu aku terusah sorg awek ni, dia pakai beg pink kotak-kotak. Aku pandang dia dari belakang, tak tau aura apa yang buat aku tertarik nak kenal sangat dengan dia pun aku tak tau. Baru pandang beg bro, nampak tak kat sini tanpa beg tanpa lah dia hahahah. Aku try cari siapa satu kelas nan dia lama-lama aku dapat tau kawan aku si BOB satu kelas nan dia.  

Korang anggap lah ni beg pink yg mempunyai AURA tu ye.

Lepas tu kan weyh, aku try lah pujuk si BOB ni supaya adjust kan aku nan dia. Mungkin BOB kesian tengok aku dia pun tolong aku, dia kasi aku FB dengan number dia siap tulis dalam kertas kecik lagi. Balik Kg aku pun try contact dia, Kita orang pun mesej tapi dia mcm nak taknak layan aku sebab da berpunya humm. Aku pun cuba dan terus mencuba sampai lah aku balik Ostel balik.


Gambaran Sahaja. Tapi masa tu rambut aku mcm ni lah. Muka pun ada sama sikit. heheh.


Esoknya time rehat aku pergi kelas BOB nak jumpe 'Miss R'. Masa tu aku malu gila nak tegur dia dekat depan pintu kelas tu, tapi aku nak belagak GENTLE aku buang semua malu aku. Aku tnye "Mana satu R***?" dah macam pailang dah.

 'Miss R' kelua dengan muka kerek dia (dah mcm nak bertumbuk pun ada) yang kelakarnya dia pegang karipap sambil buat muka kerek. nak gelak pun ada masa tu hahaha tapi aku kuat kan semangat aku "awak suapkan karipap boleh?" sambil senyum nakal. Sorry lah 'Miss R' ni pantang dicabar, dia buat muka selamba suap aku (walaupun ada sikit goyang sebab masa tu junior lagi).

Lepas beberapa hari selepas tu, aku main surat dengan dia macam zaman sekolah rendah dulu "Pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas" hahah lebih kurang mcm tulah. Takada fone punya pasal (ai maklum lah duduk asrama kan) masa tu aku belum ada pape dengan dia, proses mengayat itu pun tergantung sebab dia ada boyfriend. 

Aku tunggu dia balas surat aku, lama jugak lah masa yang diambil dia untuk balas surat aku tu heheh. Waktu rehat je aku datang kelas dia tak pun waktu tuisyen mesty lah ada muka aku tercongak dekat depan kelas dia. Lepak nan dia dalam kelas dia lepastu belaja sama-sama. 


Gambaran Sahaja. Macam ni lah kot aku belaja nan dia heheh.

Cikgu tuisyen tu sampai ingat kan aku budak kelas PPN padahal aku kelas AUTO hahah. Masa belaja aku saje lah tulis kat kertas "Saya sayang awak" lepastu aku bagi dekat dia dan suruh dia simpan. Dia ingat kertas kosong so dia pun takada respon. 

Aku tunggu dia berbulan kot,(usaha demi usaha dengan gigih nya hahah sory lah terpoyo sikit) Panjang doh tak tido aku mlm ni karang cerita ni heheh. Tapi malu nk cerita dekat sini tapi demi berkongsi aku try.

1 comment: