Sunday, 2 March 2014

3 Kejadian Di Hospital Kajang

Hope korang setia mendengar cerita kami ni, kalau korang nak tahu aku dah tiga tahun bersama dia. sekarang aku hanya nak berkongsi cerita, dugaan kami. Ada 1 hari tu aku jatuh sakit demam yg agak melampau jugakla kn, nk bangun pun xlarat.. Aku ajak member baik aku (Pekak) pergi Hospital teman aku, kita org naik 1bas sebab rmai yg sakit time tu..



huh nilah tempat kejadian heheh.. aku ingat lagi pak guard tu...

 Kita org pergi dlm pkol9 mlm, aku pergi campur 1bas laki dgn perempuan.. Dalam bas tu ade dua org perempuan kalau xsilap aku lah, aku ingat siape perempuan yang sakit tu rupa-rupanye "Miss R" dgn kwn dia.. Time tuh aku betul-betul terasa nk tegur dia, tapi aku takut dia still marah kat aku.. Rupenya ape yg disangka betul-betul terjadi, kwn dia bgtahu kt aku yg "Miss R" sebenarnye pendam perasaan SAYANG dia kt aku..

 Bru la aku tahu perkara yg sebenarnya, aku mula merapatkan diri dan cuba bercakap dgn "Miss R".. Dia mcm xsuke tgk muka aku sebab aku tahu dia masih marah dgn aku, xsempat nk bercakap dgn dia lbh lanjut dokter pggl dia untuk diperiksa.. Dia masa tu kt dlm, then kwn dia pon cerita kt aku benda yg sebenar.. Xlme lepas tu dia pon kua, terkejut der! tgn dia kne cucuk dan time tu dia pegang bekas yg mengandungi air.. Masukkan air kot, aku tatau nk pggl istilah ape.. Aku order mknn dekat mmber aku dan mkn dpn dia, dia lapa rupenye.. Aku pon suap kn dia sikit, time tu aku try tarik perhatian dia..


Kata-kata semangat untuk pembaca yang sedang menghadapi perkara sama.

Memang tak lah Aku nk lepas peluang yg aku tggu selama ni, dia pon dah start ok sikit..
Tak lama dari tu nurse pon pggl dia marah-marah sebab tak setle lg dia dah kua, Hahaha.. Nakal kan "Miss R" aku nie, setle sume urusan kita org pon tggu la bas beramai-ramai kalau korang nak tau masa tu pkol 2 pagi.. Dah mcm ape je, Hahaha.. Bas pon smpai, masa tu aku tak bwk beg untuk letak ubat-ubat aku.. Aku sje lah suruh dia bawak kn ubat-ubat aku tu, tarik perhatian lagi(sebenarnya nak bermanja).. Hehehe,


Menunggu surat sayangku 'Miss R'

 Selang beberapa hari aku pun utuskan sepucuk surat yg byk terkandung isi hati aku dlm surat tuh..taknk kehilangan dia punya pasal, aku tulis mengikut naluri hati.. Tulisan aku dah la tak lawa mne, takut dia ta boleh baca je.. Dari surat tu aku luahkan perasaan aku sebenar, aku jugak terang kn yang aku xde perasaan apa-apa kat gurl yg aku sebut kt atas('Miss E')..


Surat ku kepada kau 'Miss R'


 Aku tggu dia balas surat aku tu lama, knpe dia buat aku tertunggu mcm tu??  mungkin saja nk suruh aku tertanya-tanya kot... dari A sampai lah ke Z aku crita kt dia pasal perasaan aku kat dia, akhirnya dia dah tak marah n trima aku.. kalau korang nak tau 12.4.2011 aku la org yang paling bahagia dan tarikh tu jugak yg aku takan lupa smpai aku pejam mata...

Congkak Dan Sepucuk Surat

Okey kita sambung cerita semalam yang tergantung tu, heheh sorry lah mengantuk pulak semalam hilang focus aku. Mesty korang tertanya-tanyakan kenapa aku letak title post kali ni Congkak dan Sepucuk Surat. Korang nak tau sebab apa ??? Aku bagi title ni sebab ada story disebalik congkak dan surat berkait dengan 'Miss R'. Ofcourse lah setiap tajuk ada kesah tersendiri. Nak tau kne lah bce sampai bawah, penat bohh jari menaip, heheh...




 Dengan permainan Congkak jugaklah aku menggunakan taktik-taktik aku untuk memikat hati 'Miss R'.. Kalau korang nak tau kelas 'Miss R' ni ada sudut nilam dan ada satu set congkak. Dah ada congkak ofcourse lah boleh mainkan. 



Inilah aku Zan heheh pencinta 'Miss R'

 Satu hari aku pergi kelas 'Miss R' aku pun nampak lah ada orang tengah main congkak. Tetibe muncul lah idea bernas aku. Aku pun pergi lah tempat duduk 'Miss R' lepastu aku cabar 'Miss R' fight main Congkak dengan aku, heheh Macam aku cerita dekat korang dekat post lepas yang 'Miss R' ni pantang dicabar sikit.

 Kau ingat aku ni suka suka cabar orang hahah salah cabar mati aku der. aku berani cabar sebab dulu aku ni boleh dikatakan jaguh congkak lah hahah(terpoyo sikit). Sejak hari tu, time rehat je mesty aku lepak kelas dia kiranya aku ni meninjau perbuataan dia, apa dia buat masa rehat mcm tulah.(sesi memikat katanya)Hahaha.



Miss R hehe dia ni seorang yang periang sebanarnya, tapi bila marah.. ishishish

 Dalam meninjau tu, aku pon ajak dia fight Congkak, cehhh. Aku pun fight dgn dye aku tak  pasti sama ada aku menang ataupun kalah.. Tapi aku rasa aku menang, (xnk kalah, malu lah kalah nan perempuan) hahaha.. Dah setle perlawanan tu aku pon dduk borak dgn dia mesra-mesra, tapi mesra hnya sekejap.

  Lepak punya lepak.. tiba-tiba kawan sekelas dia menyampuk "Oit, E*** xde kau curang eh kat sini dgn R***" 'Miss R' pun terus tarik muka dgn aku.. Marah gila time tuh dia kat aku. Tapi memang salah aku sebab aku tak berterus terang dengan dia. Aku pun terus kluar dari kelas dia sebab dia tunduk tutup muka kat meja sambil nangis, Paling lemah aku bila girl nangis depan aku.

 Aku bkn tahu pujuk orang pun. Kelas tuisyen malam aku terima seutus surat yg terkandung ayat-ayat yang mengatakan 'Miss R' xnk kacau hubungan aku dgn "Miss E". Serious wehh aku tak ada perasaan yang sama mcm perasaan aku dekat 'Miss R'(kiranya aku lebih menyayangi 'Miss R'). Aku dah lama tggu "Miss R" bg jawapan akhirnya dia kasi jawapan yang aku tunggu selama ni.

 Dalam surat tu jugaklah aku dpt tahu yg dia sebenarnya SAYANG kt aku, aku tggu jawapan dari dia lama berbulan aku sanggup tggu.. Aku ingt dia diam senyap tak trima dan dia tak suka aku, tapi sebaliknya pulak.. Aku cuba untuk dpt kn dia balik dlm sepucuk surat yg aku tulis, aku terang kn balik kat dia ape yg betul-betul ada kat hati aku.. Tapi usaha aku sia-sia, dia tetap marahkan aku.. Hurmm

Sambungan nya aku dan Miss R sakit serentak !!

Friday, 28 February 2014

Permulaan Cerita Kami.

Alhamdulillah. Bersyukur kepada Allah kerana memberi akal yang cukup untuk menghasilkan blog yang pertama ni. Terima Kasih kepada insan yang memberi aku ilham untuk buat blog ni mulanya aku tak minat pun benda-benda mcm ni hahahah. 
Ntah bila masa gila aku datang nak layan benda ni. Insan yang membuatkan aku berbunga bunga ni namanya 'Miss R'(dirahsiakan). Aku kenal 'Miss R' ni masa tu kita org ada perjumpaan koko first time bhai, time tu aku belum kenal dia lagi. 
Masa perjumpaan tu aku terusah sorg awek ni, dia pakai beg pink kotak-kotak. Aku pandang dia dari belakang, tak tau aura apa yang buat aku tertarik nak kenal sangat dengan dia pun aku tak tau. Baru pandang beg bro, nampak tak kat sini tanpa beg tanpa lah dia hahahah. Aku try cari siapa satu kelas nan dia lama-lama aku dapat tau kawan aku si BOB satu kelas nan dia.  

Korang anggap lah ni beg pink yg mempunyai AURA tu ye.

Lepas tu kan weyh, aku try lah pujuk si BOB ni supaya adjust kan aku nan dia. Mungkin BOB kesian tengok aku dia pun tolong aku, dia kasi aku FB dengan number dia siap tulis dalam kertas kecik lagi. Balik Kg aku pun try contact dia, Kita orang pun mesej tapi dia mcm nak taknak layan aku sebab da berpunya humm. Aku pun cuba dan terus mencuba sampai lah aku balik Ostel balik.


Gambaran Sahaja. Tapi masa tu rambut aku mcm ni lah. Muka pun ada sama sikit. heheh.


Esoknya time rehat aku pergi kelas BOB nak jumpe 'Miss R'. Masa tu aku malu gila nak tegur dia dekat depan pintu kelas tu, tapi aku nak belagak GENTLE aku buang semua malu aku. Aku tnye "Mana satu R***?" dah macam pailang dah.

 'Miss R' kelua dengan muka kerek dia (dah mcm nak bertumbuk pun ada) yang kelakarnya dia pegang karipap sambil buat muka kerek. nak gelak pun ada masa tu hahaha tapi aku kuat kan semangat aku "awak suapkan karipap boleh?" sambil senyum nakal. Sorry lah 'Miss R' ni pantang dicabar, dia buat muka selamba suap aku (walaupun ada sikit goyang sebab masa tu junior lagi).

Lepas beberapa hari selepas tu, aku main surat dengan dia macam zaman sekolah rendah dulu "Pecah kaca pecah gelas sudah baca harap balas" hahah lebih kurang mcm tulah. Takada fone punya pasal (ai maklum lah duduk asrama kan) masa tu aku belum ada pape dengan dia, proses mengayat itu pun tergantung sebab dia ada boyfriend. 

Aku tunggu dia balas surat aku, lama jugak lah masa yang diambil dia untuk balas surat aku tu heheh. Waktu rehat je aku datang kelas dia tak pun waktu tuisyen mesty lah ada muka aku tercongak dekat depan kelas dia. Lepak nan dia dalam kelas dia lepastu belaja sama-sama. 


Gambaran Sahaja. Macam ni lah kot aku belaja nan dia heheh.

Cikgu tuisyen tu sampai ingat kan aku budak kelas PPN padahal aku kelas AUTO hahah. Masa belaja aku saje lah tulis kat kertas "Saya sayang awak" lepastu aku bagi dekat dia dan suruh dia simpan. Dia ingat kertas kosong so dia pun takada respon. 

Aku tunggu dia berbulan kot,(usaha demi usaha dengan gigih nya hahah sory lah terpoyo sikit) Panjang doh tak tido aku mlm ni karang cerita ni heheh. Tapi malu nk cerita dekat sini tapi demi berkongsi aku try.